0
Pelawak Yus Jambu meninggal Dunia. Muka legend Hati Cute pastinya tagline kegemaran Yus Jambu akan mula dirindui. Peminat Kumpulan Lawak Jambu telah dikejutkan dengan berita sedih Kematian Yus Jambu yang dimaklumkan sediri oleh Tauke Jambu. Yussry Bin Edoo meninggal dunia di Hospital Selayang pada umur 39 Tahun. Punca Kematian Yus Jambu disebabkan sesak nafas akibat serangan jantung mengejut.

Yus Jambu dalam Doa dan Kenangan
Muka legend Hati Cute - Yus Jambu

Malaysia telah kehilangan Pelawak Berbakat Besar dalam idustri hiburan komedi tanah air. Takziah buat keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat Yus Jambu dan paling terutamanya sahabat jatuh dan bangun allahyarham iaitu Tauke Jambu pastinya sedang merasai kehilangan besar, beliaulah teman dan sahabat seperjuangan.

Pemergian Allahyarham Yussry Bin Edoo, pasti meninggalkan kesan dalam industri hiburan Malaysia. Yus Jambu Pelawak yang cukup menghiburkan dengan aksi lawak spontannya pastinya akan dirindui ramai. Yussry Bin Edoo telah kembali ke rahmatullah. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Al-fatihah. Semoga Allah meletakkan rohnya bersama roh-roh org beriman.
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

Maroh Maroh tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik dan penulis artikel di laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Thank you.